Saturday, January 8, 2011

MINGGU 1

BAHASA MEAYU DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT

(hassan ahmad)
Kemajuan ilmu dalam bahasa Melayu penting untuk menjayakan dasar TM yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utamanya. Seperti kata Dato’ seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya yang disebut di atas, ‘Apa yang dimuatkan dalam komputer adalah pelbagai jenis sampah dan maklumat; hanya mereka yang mempunyai kefahaman asas dan pengetahuan [sahaja yang akan] berupaya menapisnya sendiri.’ Jadi, TM harus berkembang bersama-sama atau berdasarkan perkembangan ilmu. Maka rancangan pembinaan ilmu dalam bahasa Melayu, melalui pendidikan tinggi dalam sistem pendidikan kebangsaan, melalui kegiatan penulisan ilmu dan penerbitan buku ilmu tinggi dalam bahasa Melayu di luar ruang siber, yakni di bumi yang nyata ini, hendaklah terus mendapat dukungan dan bantuan yang kuat daripada ekonomi negara. Janganlah rancangan penerbitan korpus ilmu dalam bahasa Melayu menjadi mangsa kegawatan ekonomi negara yang sedang berlaku sekarang. Kita semua percaya bahawa ilmu adalah petunjuk atau indeks penting kemajuan sesuatu bangsa atau negara. Rancangan TM negara akan gagal jika ia tidak didasarkan pada kemajuan ilmu yang dikembangkan dalam bahasa Melayu – bahasa yang lebih layak daripada bahasa Inggeris untuk menjana kemajuan dan tamadun indigenus di negara ini.

http://www.kongresbahasa.org/


FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PENCEMARAN BAHASA

RAKAN SEBAYA
Masyarakat selalu menyalahkan pengaruh rakan sebaya apabila berlakunya sesuatu masalah yang melibatkan remaja. Sebenarnya, apa yang masyarakat tidak sedar adalah, ia adalah kehendak seseorang itu sendiri sama ada ingin dirinya dipengaruhi, ataupun tidak. Bagi faktor rakan sebaya, betapa mudahnya seseorang remaja mempengaruhi remaja yang lain kerana mereka sendiri tidak pasti akan identity mereka sendiri. Maka, mereka lebih mudah menerima dan mengulang kembali apa yang dilakukan oleh kebanyakan rakan mereka. Ingin mengikut arus, ‘trend’. Supaya tidak dikatakan kuno atau berada di zaman ais.

MASA

Ternyata rata-rata pencemaran bahasa berlaku di alam siber adalah gara-gara penulisnya ingin menjimatkan masa. Pastinya kerana telah terbiasa dengan cara komunikasi dalam telefon bimbit, melalui sistem pesanan ringkas. Walau bagaimanapun, mesej di telefon adalah berlainan dengan mesej di alam siber. Ini kerana, mesej telefon cuma akan dibaca dan difahami oleh penerimanya sahaja.
Lain pula dengan perbualan di Internet yang pastinya akan dilihat dan dibaca oleh rakan-rakan yang lain. Dan yang lebih teruk, apabila dibaca oleh generasi yang sedang belajar seperti adik-adik yang bersekolah rendah. Kadang-kadang, kekeliruan boleh berlaku apabila terdapat pelbagai versi ejaan perkataan.

PENGETAHUAN BAHASA YANG LEMAH

Kebanyakan mereka yang menggunakan bahasa rojak, SMS, bahasa lucah dan sebagainya adalah mereka yang mempunyai pengetahuan cetek dan kurang teliti dan peka dengan bahasa yang digunakan dalam berkomunikasi di alam siber.
Mereka ini selalunya mempunyai tahap akademik yang rendah dan tahap pembacaan mereka juga lemah. Selalunya mereka yang menulis di alam siber ini hanya berdasarkan penggunaan bahasa harian mereka terutamanya bahasa basahan iaitu bahasa pasar.
Hanya ahli akademik atau golongan professional sahaja yang menggunakan bahasa yang betul dalam menulis bahan ilmiah dan rujukan. Ini kerana mereka sedar akan tanggungjawab mereka sebagai pendidik harus menggunakan bahasa yang betul agar generasi muda tidak memandang rendah kepada mereka.

SIKAP TIDAK ENDAH

Sikap tidak endah adalah lebih membahayakan kepada masa depan bahasa kita. Apabila sesuatu yang telah diketahui, diabaikan. Contohnya penggunaan perkataan infotainment dan sure heboh oleh stesen televisyen.
Perkataan information dan entertainment yang diubah suai menjadi infotainment dan perkataan sure (bahasa Inggeris) dan heboh yang digabungkan menjadi satu istilah baru. Apa yang lebih menyedihkan, ia diwar-warkan ke serata negara seolah-olah ia satu kemegahan yang patut dirasai oleh setiap rakyat Malaysia.
Namun begitu, tindakan yang diambil oleh pihak terbabit untuk membetulkan kesilapan ini, patut dipuji seperti Kempen Pantau Tegur Bahasa yang dikelolakan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, di mana, bantuan rakyat diminta melaporkan kesalahan penggunaan bahasa yang salah pada papan-papan iklan dan tempat awam. Ganjaran diberikan menikut jumlah pantauan yang dilakukan.



TIADA TINDAKAN ATAU DENDAAN
Dari segi penggunaan bahasa dalam media siber, sememangnya tiada undang-undang khusus yang boleh digunakan dan dikuatkuasakan. Hal ini perlulah diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan. Walaupun tiada sebarang tindakan boleh dikenakan terhadap “pesalah bahasa”, sekurang-kurangnya “pesalah bahasa” itu boleh dipantau dan diberikan nasihat yang sewajarnya, terutamanya yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan norma-norma ketimuran, seperti penggunaan bahasa kesat dan kasar untuk mengatakan pihak-pihak tertentu, baik dalam blog mahupun laman sosial.
Mereka perlu sedar bahawa kebebasan itu bukanla kebebasan mutlak. Pengguna media siber juga terikat dengan peraturan atau akta tertentu, seperti Akta Multimedia, ISA dan OSA.

PERANG SIBER

Bagi Imlan Adabi (2010) dalam surat khabar Berita harian, isu media baru sentiasa lunak diperkatakan. Penulis blog dan pengendali laman web kerap menjadi tumpuan kerana keteledoran mereka bertindak melanggar hukum dan susila masyarakat. Artis di negara kita juga tidak dapat mengelak diri daripada perang siber yang dapat mengancam masa depan mereka.
Ini terjadi akibat penyebaran fitnah, memaki individu tertentu dan hasutan kepada masyarakat menerusi laman sosial mahupun di blog. Terbaru, seorang kerani bank menjadi individu pertama disabitkan kesalahan menggunakan aplikasi lucah menerusi internet bagi tujuan komersial, didenda RM30,000 atau enam bulan penjara.
Bagi sesetengah individu, kehadiran media siber boleh dianggap “bagai si bisu yang mendapat suara”. Mereka menulis apa-apa sahaja dan mengekspresikan segala cerita dan rasa dalam diri tanpa berfikir panjang.



PERSEKITARAN
Sebenarnya, faktor persekitaran merupakan satu faktor yang membuatkan umum, melakukan pencemaran tanpa mereka sedari. Ini kerana, kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat sendiri. Seperti yang kita tahu, Malaysia terbentuk daripada struktur kaum yang berbilang. Tiga kaum utama yang mendominasi adalah Melayu, Cina dan India.
Walaupun cuma tiga kaum yang terbesar, namun, bayangkan apa yang mungkin berlaku apabila tiga jenis bahasa yang berlainan dicampuradukkan? Ibaratnya seperti, mencampurkan asam pedas, sup dan kari dalam satu kawah yang sama. Akibatnya? Teruk. Walau bagaimanapun, tidak seharusnya mana-mana pihak menyalahkan sesama sendiri atau menuding jari ke atas satu sama lain. Ini kerana hidup bermasyarakat yang telah dibina sejak wujudnya negara Malaysia ini bermaksud masyarakat perlu saling bertolak ansur dan berkerjasama. Penggunaan bahasa, atau perkataan malah istilah daripada bahasa kaum lain adalah tidak salah sama sekali, malah ia mampu melambangkan persepaduan dan kesepakatan. Cuma, biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya.



http://penselmaya.blogspot.com/2010/06/faktor-faktor-yang-menyumbang-kepada.html 


KESAN-KESAN PENCEMARAN BAHASA DI ALAM SIBER

BAHASA MENJADI ROSAK
Setelah membincangkan mengenai faktor- faktor pencemaran bahasa di alam siber, kini diteruskan lagi perbincangan mengenai kesan- kesan pencemaran bahasa di alam siber. Terdapat lima kesan yang utama. Kesan yang pertama ialah bahasa menjadi rosak. Bahasa menjadi rosak apabila bahasa tersebut disalah gunakan. Sebagai contoh penggunaan bahasa sms dan bahasa rojak digunakan dalam laman sosial. Akibatnya, bahasa menjadi rosak dan menjatuhkan martabat bahasa itu sendiri.Selain itu, bahasa melambangkan sesuatu bangsa. Jika rosak sesebuah bahasa maka akan rosaklah bangsa tersebut. Akhirnya bangsa tersebut akan hilang identitinya sendiri. Oleh yang demikian, mahasiswa-mahasiswi perlu cakna dalam menggunakan bahasa di laman sosial.


KEKELIRUAN BAHASA KEPADA GENERASI AKAN DATANG
Disamping itu, kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang merupakan kesan kepada pencemaran bahasa di alam siber. Apabila bahasa tercemar maka ini akan menimbulkan kekeliruan kepada generasi akan datang untuk mempelajari sesuatu bahasa tersebut. Generasi akan datang akan terkeliru untuk memperaktikkan bahasa yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian. Selain itu, jika generasi akan datang mengikut trend yang ada pada masa sekarang sudah tentu bahasa tersebut akan menjadi sejarah pada suatu hari nanti kerana telah hilang identiti bahasa tersebut. Impaknya disini, mahasiswa-mahasiswi adalah agen yang perlu memperbaikki pencemaran bahasa di alam siber ini.


PERSEPSI BURUK MASYARAKAT LUAR TERHADAP PENCEMARAN BAHASA
Selain itu, antara lain kesan pencemaran bahasa di alam siber ialah akan timbul persepsi buruk masyarakat luar terhadap pencemaran bahasa. Persepsi buruk ini akan timbul kepada pelajar ataupun pelancong yang mempelajari bahasa tersebut. Mereka akan mempertikaikan mengapa bahasa yang digunakan oleh penduduk negara tersebut di laman sosial tidak sama seperti yang mereka pelajari. Impaknya, akan menimbulkan persepsi buruk terhadap bahasa tersebut. Mereka akan menceritakan persepsi buruk tersebut kepada rakan- rakan dan ahli keluarga mereka. Tuntasnya, apabila pencemaran bahasa berlaku mereka tidak lagi menimbulkan minat untuk belajar bahasa tersebut. Oleh yang demikian, bahasa juga akan mencerminkan sesebuah negara.

GEJALA SOSIAL SEMAKIN BERLELUASA

Dengan meningkatnya bahasa kasar dan lucah di alam siber, remaja akan terpengaruh dengan perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang sering digunakan di alam siber. Remaja dan seseorang individu cenderung untuk menggunakan bahasa kasar dan lucah tersebut bersama rakan-rakan yang lain dalam perbualan seharian. Malah sesuatu perkataan atau ayat tersebut akan menjadi ‘trend’ dalam perbualan seharian remaja. Yang lebih mendukacitakan apabila ayat-ayat kasar dan berbaur lucah tersebut turut dilemparkan kepada ibu bapa sendiri. Ini secara tidak langsung melahirkan remaja yang bersikap kurang ajar dan tidak menghormati ibu bapa. Apa yang lebih mengejutkan ialah budak-budak yang masih lagi bersekolah rendah turut biasa untuk menggunakan ayat-ayat kasar atau perkataan berunsur lucah tersebut. Hal ini memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan dan perkembangan minda kanak-kanak. Jika hal ini tidak dibendung, adalah tidak menghairankan jika kes gejala sosial juga turut berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang belum lagi menginjak remaja.


MUTU KUALITI BAHASA MENURUN DALAM KALANGAN PELAJAR
Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas, lama –kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang sering disogok oleh perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan bahasa yang betul. Para pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan penulisan di sekolah. Hal ini bukan sahaja menyebabkan kualiti penulisan di sekolah semakin menurun malah pengetahuan terhadap bahasa kita sendiri iaitu Bahasa Melayu akan semakin jauh daripada pelajar. Dengan demikian, mutu kualiti bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak mustahil sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu pantun dan syair.


http://penselmaya.blogspot.com/2010/06/kesan-kesan-pencemaran-bahasa-di-alam.html


JENIS-JENIS PENCEMARAN DI ALAM SIBER

BAHASA ROJAK
Bahasa rojak, menurut Kamus Dewan sendiri membawa maksud, bahasa percakapan yang bercampur aduk. Sedar atau tidak, masyarakat di Malaysia sendiri memandang enteng akan penggunaan bahasa rojak kerana ia seperti sudah menjadi satu identiti, atau gaya percakapan yang lebih bersifat Malaysia. Kenapa begitu? Kerana Malaysia sendiri yang terdiri daripada negara yang berbilang kaum, berbilang agama dan berbilang bahasa. Penggunaan bahasa yang bercampur ini merupakan hasil daripada percantuman kaum-kaum di Malaysia sendiri.
Bayangkan dialog seperti ini, “Apek, wa dah cakap sama lu maa. Wa takmau itu barang, apa pasat lu kasi tapau juga?”

Ataupun begini,”aney, kasi angkat ini meja la. Saya mau duduk tengok. Bawak sini roti sama teh tarik.”

Dialog percakapan di atas kelihatan sudah biasa di kehidupan seharian. Inilah contoh bahasa rojak yang umum tidak langsung menyedarinya.

Dialog pertama, percampuran antara dialek percakapan bangsa Cina dalam bahasa Melayu. Perkataan Apek, Wa, Lu tiada dalam bahasa Melayu. Malah penggunaan tatabahasa yang lintang-pukang seperti ‘itu barang’ yang sepatutnya, ‘barang itu’.

Dialog yang kedua, percampuran bahasa Melayu dengan dialek kaum India di Malaysia. Perkataan Aney bukanlah satu perkataan Melayu. Malahan, susunan kata ‘kasi angkat ini meja’ sepatutnya menjadi ‘tolong angkat meja ini’. ‘Bawak sini roti sama teh tarik’ sepatutnya ‘bawakan saya roti dan teh tarik’. Namun, umum sudah lali dengan penggunaan yang bercampur baur ini.



BAHASA SMS
Bahasa SMS, satu bahasa atau gaya yang masyarakat gunakan dalam menghantar mesej ringkas kepada seorang yang lain. SMS atau nama lainnya, “Short Messaging System” atau Sistem Pesanan Ringkas, merupakan satu kaedah komunikasi yang lebih canggih dan lebih digemari oleh golongan muda. Ini kerana ia lebih mudah, lebih cepat dan lebih bersifat mesra pengguna.

Maharam Mamat (2009), dalam blognya menulis, bahawa bahasa SMS adalah satu bahasa kod, di mana ia sama seperti kod BRAILLE untuk orang cacat penglihatan dan dan kod MORSE untuk telegraf. Maka, kod SMS adalah untuk komunikasi tulisan melalui telefon bimbit.

Menurutnya lagi, terdapat 10 kategori bahasa SMS, iaitu:-

1) Lazim atau perkataan yang telah diterima pakai dalam dokumen atau penulisan rasmi serta dirakamkan dalam kamus. Contohnya, sungai menjadi sg, kampong menjadi kg.
2) Pengguguran huruf vokal dalam perkataan, samaada sukukata awal atau akhir, serta huruf konsonan. Sebagai contoh, makan menjadi mkn, sekolah menjadi skola.
3) Akronim, atau perkataan yang dipendekkan dengan mengambil huruf awal atau sukukata awal dan digabungkan menjadi perkataan. Contohnya, UKM iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia atau MAIS iaitu Majlis Agama Islam Selangor.
4) Gabungan sukukata beberapa perkataan yang digabungkan seperti pawagam yang dijadikan singkat daripada perkataan asalnya panggung wayang gambar.
5) Perkataan kata ganda yang didapati dalam bahasa SMS seperti kadang-kadang menjadi kdg2, sama-sama menjadi sma2.
6) Perkataan yang berdasarkan kepada kolokial, iaitu ejaan dan bunyi yang lazimnya digunakan dalam bahasa lisan seperti ambil menjadi amek, mereka menjadi dorang, naik menjadi nek.
7) Perkataan melampau yang dieja dengan gaya tersendiri seperti kerja menjadi kejer, gila menjadi gilew.
8) Singkatan yang diMelayukan seperti babai yang pasa asalnya adalah bye-bye, ‘aku kol ko later’ yang sepatutnya ‘aku telefon kau nanti’.
9) Perkataan yang membawa makna baru dalam bahasa komunikasi tidak rasmi seperti ‘ohh bapak terer’.
10) Perkataan yang menggunakan simbol yang menggambarkan bunyi dan perasaan seperti muahh untuk mencium, waa untuk menangis, hmmm..untuk berfikir.
Bahasa SMS memang memudahkan penggunanya dalam berkomunikasi namun, apabila telah disalahgunakan, ia boleh memudaratkan dan merosakkan.

"BROKEN LANGUAGE"

“Broken Language” sebenarnya merupakan satu istilah pada asalnya “Broken English”. Ia merujuk kepada kesalahan tatabahasa dalam bahasa Inggeris dan penggunaan bahasa Inggeris yang tidak formal masyarakat bukan Inggeris. Malah, Shakespeare sendiri pernah menggunakan istilah “Broken English” yang dipetik dalam perkataannya, “ Breake thy mind to me in broken English “.
Akira Nambara juga menyatakan dalam International Herald Tribune, bahawa, “English is the international language. Or, I should say, broken English is the international language” yang membawa maksud penggunaan “Broken Language” yang bersifat universal, di mana-mana sahaja (2008).
Menurut pendapat seorang lagi penulis di Internet, Harvey Milk, “Broken Language” merupakan satu bahasa percakapan yang diguna tanpa mempunyai semua perkataan yang diperlukan untuk membentuk sepotong ayat. Namun, tidak bermakna tanpa perkataan-perkataan yang hilang ini, ayat tersebut tidak boleh difahami (2008).
Jadi, penggunaan bahasa ini dalam alam siber adalah semakin ketara. Seperti contoh ayat di bawah.
“I like guy store. He cute.”
Ayat di atas sepatutnya menjadi “I like that guy from the store. He is cute.”
“Go buy something. Eat. ”
Ayat boleh menjadi lebih baik sekiranya “You have to go and buy something to eat.”
Penggunaan “Broken English” dalam kalangan masyarakat Malaysia menjadi semakin berleluasa dan kadang kala dianggap aneh sekiranya ayat yang betul dari segi tatabahasa digunakan dalam kehidupan seharian.



BAHASA LUCAH
Bahasa lucah juga merupakan salah satu pencemaran bahasa di alam siber yang sering digunakan oleh pengguna alam maya. Penggunaan bahasa ini boleh membuatkan seseorang berasa segan dan malu untuk membaca sesuatu penulisan samaada di blog dan di laman sosial.
Ini boleh menunjukkan bahawa penggunaan bahasa lucah ini semakin berleluasa digunakan di alam siber ini. Antara perkataan bahasa lucah yang sering digunakan adalah “Pantat ko” , “Wakluu”, “Kasi potong itu telor!” dan sebagainya. Terasa malu untuk menyebutnya bukan? Jadi penggunaan bahasa lucah ini perlu disekat agar ia tidak akan mempengaruhi generasi muda untuk menggunakan bahasa ini sebagai salah satu bahasa komunikasi di alam siber.



ISTILAH REMAJA
Istilah remaja merujuk kepada penggunaan bahasa dalam kalangan remaja yang menggunakan bahasa mereka sendiri semasa berkomunikasi di antara remaja. Penggunaan istilah seperti sengal, poyo, senget, der, belo dan sebagainya seperti sudah menjadi makanan ruji dalam percakapan mereka seharian.


EMOTIKON
Emotikon ialah ikon atau simbol tertentu yang mewakili pelbagai ekspresi wajah atau emosi yang dibentuk daripada kombinasi tanda baca dan huruf tertentu yang terdapat pada papan kekunci komputer atau telefon mudah alih.
Ada beberapa emotikon umum yang sering digunakan dalam komunikasi siber ini. Contohnya seperti yang dipaparkan dalam Jadual 1.



Jadual 1 Emotikon


Emotikon Makna Emotikon Makna
:-) Gembira
 :-P Mengejek
:-( Sedih
;-) Bergurau atau kenyit mata
:-o Terkejut
:-|| Marah
:’( Menangis
 :-| Bosan atau tidak peduli
:-D Ketawa
|-o Menguap

Emotikon tersebut umumnya terdiri daripada tiga bahagian wajah, yang mewakili bahagian mata (tanda titik bertindih atau titik koma), hidung (tanda pembuka kurungan, penutup kurungan), dan mulut (tanda pembuka kurungan, penutup kurungan, atau huruf tertentu).
Selain itu, muncul pula kepelbagaian emotikon yang bukan sahaja menggambarkan ekspresi wajah manusia, tetapi juga bentuk lain, seperti haiwan, bunga, simbol ucapan tertentu, dan ekspresi perasaan (cinta, sayang atau marah).



KAOMOJI
Kaomoji pada peringkat awalnya, merupakan emotikon yang berkembang dalam komunikasi siber di Jepun. Tidak seperti emotikon lainnya, kaomoji cenderung lebih mudah difahami oleh penutur kerana menggunakan tanda baca atau huruf yang sangat umum.
Walau bagaimanapun, kaomoji tetap berfungsi sebagai medium komunikasi yang akan mewakili ekpresi perasaan penutur yang digambarkan melalui simbol. Dalam situasi ini, penyingkatan tetap wujud dan kaomoji digunakan untuk menyatakan keadaan emosi tertentu seseorang ketika berhubung.


Jadual 2 Kaomoji.

Kaomoji Makna
(^_^) Gembira
(-_-;) Sedih atau menangis
(T_T) Merajuk atau kecewa
(^@^) Bangga atau senang hati
(-_-)y Menelefon atau minta dihubungi

Perkataan atau istilah khusus untuk mewakili perasaan, digantikan dengan simbol tertentu untuk memudahkan komunikasi kerana dunia siber itu sendiri berorientasikan imej segera, cepat dan mudah, tanpa mengambil kira kedudukan penggunaan bahasa, khususnya bahasa Melayu.


BAHASA BASAHAN
Menurut Kamus Dewan edisi Keempat, basahan membawa makna sesuatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan. Malah, penggunaan perkataan basahan sendiri dalam peribahasa membawa takrifan sesuatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan berbuat sesuatu perbuatan yang tidak baik. Biasanya, bahasa basahan yang digunakan ialah bahasa pasar, dialek, dan bahasa yang bercampur.
Jadi, dalam pencemaran bahasa di alam siber ini, bahasa basahan merupakan penggunaan bahasa seharian atau bahasa pasar yang sepatutnya merupakan satu kesalahan, tetapi masyarakat tidak lagi menganggapnya sebagai satu kesalahan kerana sudah menjadi kelaziman bagi mereka.



http://penselmaya.blogspot.com/2010/06/jenis-jenis-pencemaran-bahasa-di-alam.html


BAHASA MELAYU DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT

Sejarah telah membuktikan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca (bahasa perantaraan) bagi daerah-daerah kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di kepulauan Melayu dan orang-orang mendatang seperti pedagang-pedagang dan pengembara-pengembara dari Eropah, Asia Tengah, Cina dan India.


Pada amnya proses evolusi Bahasa Melayu berkembang dan maju selaras dengan taraf perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat bahasanya melalui peperangan, perkahwinan, perdagangan, pentadbiran, persuratan, keilmuan dan kebudayaan. Sejarah juga telah menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah berkembang dari status bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno dan seterusnya ke bahasa Melayu Moden setelah melalui beberapa penyerapan dan penyebatian daripada bahasa-bahasa Sanskrit, Arab, Cina, Belanda, Portugis dan Inggeris. Dalam perkembangan era globalisasi dunia hari ini yang telah dipercepatkan oleh perkembangan tekonologi maklumat dan komunikasi (ICT), meneruskan proses evolusi bahasa Melayu ke peringkat maya yang akan memberi cabaran-cabaran baru kepada masyarakat bahasanya termasuk di negara ini untuk bersaing dengan bahasa-bahasa utama dunia yang lain.


Sehubungan itu, karangan prosa ini akan membincangkan aspek-aspek umum yang menjadi isu dan cabaran asas kepada pengembangan penggunaan bahasa Melayu dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pengupasan dan penghuraian yang dibuat oleh penulis merupakan satu bentuk pandangan dan tinjauan secara umum kepada masyarakat yang berbahasa Melayu (masyarakat bahasa Melayu) tanpa melalui kajian empirikal yang memungkinkan berlakunya bais kepada kenyataan-kenyataan yang dikemukakan kepada pembaca.


BAHASA MELAYU DALAM ERA TEKNOLOGI DAN KOMUNIKASI (ICT)
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Seterusnya kemunculan internet telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video. Fenomena ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini.

Penekanan terhadap ICT di era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell dan Hewlett-Packard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan persekitaran ini menimbulkan persoalan sama ada mampukan bahasa Melayu digunakan di dalam era ICT sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya? Mampukah pengiat-pengiat bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi untuk pembangunan bahasa Melayu?

Sebagai satu pandangan umum, masyarakt bahasa Melayu perlu memperlihatkan sikap terbuka dan kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT dengan pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Perlu diakui bahawa bahasa Melayu masih lagi ‘muda’ dari sudut peristilahan sains dan teknologi berbanding dengan bahasa Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya akan terlaksana jika masyarakat bahasanya mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai oleh bahasa Inggeris.



ISU DAN CABARAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI ERA ICT
Penggunaan bahasa Melayu di dalam era ICT yang pastinya akan melalui pelbagai isu dan cabaran yang perlu diberi perhatian dan penelitian untuk kepentingan masyarakat bahasanya. Umumnya, antara isu dan cabaran adalah seperti berikut :

Pertama : Kewujudan Bahasa Melayu Dalam Konteks K-Ekonomi

Perkembangan yang pesat dalam ICT telah membawa perubahan-perubahan yang pantas dalam mencorakkan bentuk perniagaan, struktur masyarakat dan persaingan yang sengit dalam pasaran antarabangsa. Perubahan-perubahan yang pantas ini telah mewujudkan ekonomi baru dunia yang dikenali sebagai K-ekonomi atau pun ekonomi berasaskan pengetahuan. Di dalam konteks ini, pengetahuan merupakan nadi kepada segala bentuk perlakuan dan pemikiran manusia dalam bidang ekonomi. Kewujudan bahasa merupakan kepentingan dalam aspek pengetahuan kerana ia sumber penting dalam berkomunikasi. Sehubungan dengan itu, seharusnya ICT menjadi saluran penggunaan bahasa Melayu untuk kesinambungan status sejarahnya sebagai bahasa lingua franca dalam cabaran ICT. Bahasa Melayu perlu cukup kukuh dan mantap untuk membolehkan ianya berupaya memperkatakan apa sahaja bidang yang wujud dalam kehidupan dan seiringan dengan bahasa-bahasa moden lain seperti bahasa Inggeris, Sepanyol, Mandarin, Perancis, Arab dan Jepun.

Kedua : Dominasi Bahasa Utama Dunia Di Peringkat Maya
Perkembangan ICT merupakan saluran kepada ‘penjajahan’ bahasa di peringkat maya oleh bahasa yang mendominasi penggunaannya di peringkat antarabangsa seperti bahasa Inggeris. Sejarah telah membuktikan bahasa Melayu telah berjaya menempuh beberapa zaman yang mencabar kewibawaannya dalam persaingan penggunaan bahasanya dengan bahasa-bahasa yang lain. Umpamanya, kesan dari penjajahan negara-negara Barat di rantau kepulauan Melayu oleh Protugis, British, Belanda dan Sepanyol telah memberi kesan yang mendalam kepada perkembangan penggunaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat bahasanya kerana perluasan penggunaan bahasa kedua dalam kehidupan seharian mereka. Namun di atas kekuatan semangat nasionalisme dan kesedaran kemerdekaaan di kalangan masyarakat bahasanya membolehkan bahasa Melayu terus dipertahankan dan mengekalkan martabatnya di arena antarabangsa. Bahasa Melayu juga telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan seperti di negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Malah di beberapa daerah di Thailand Selatan dan Filipina Selatan masih terdapat masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu. Walaupun kata-katanya diungkapkan dalam bunyi, tatabahasa, nahu dan ungkapan yang berbeza serta dibatasi oleh sempadan antarabangsa tetapi ia tetap dan masih dikatakan bahasa Melayu kerana asal-usulnya ialah dari bangsa Melayu yang serumpun.

Ketiga : Kemampuan Menjana Idea Baru, Kreativiti Dan Inovasi Dalam Memantapkan Penggunaan Bahasa Melayu
Masyarakat bahasa Melayu perlu menerima hakikat perkembangan ICT adalah berhubung kait secara langsung dengan kemampuan menjana idea baru, kreativiti dan inovasi dalam memantapkan penggunaan bahasa Melayu. Ketrampilan bahasa Melayu di era siber adalah bergantung kepada sejauhmana masyarakat bahasanya mampu menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan persekitarannya. Masyarakat bahasa Melayu perlu menukar mindset kepada penggunaan bahasa Melayu yang didorongi oleh pengetahuan supaya memperolehi manfaat daripada penggunaan ICT ekoran daripada hasil perkembangan global. Sehubungan itu, strategi perlu dirancang dengan teratur untuk memantapkan kekuatan dalaman bahasanya yang telah terbina sekian lama. Pengalaman lalu membuktikan keupayaan masyarakat berbahasa Melayu yang didokongi oleh bangsa Melayu telah dapat mempertahankan dan mendaulatkan bahasa Melayu dengan cekap dan berkesan di arena antarabangsa terutama di rantau Nusantara ini. Namun, pengalaman masa lepas belum pasti menjamin kejayaan masa depan. Senario abad ke 21 jauh lebih mencabar dan penuh ketidaktentuan serta amat berbeza dengan perubahan yang dialami sebelumnya. Ini ditambahi lagi perkembangan pesat ICT dan penggunaanya di dalam masyarakat dunia.

Keempat : Persepsi Kedudukan Bahasa Melayu Terhadap Penguasaan Bahasa Inggeris
Penekanan terhadap K-ekonomi yang dipercepatkan dengan kepesatan perkembangan ICT telah menjadikan penggunaan bahasa Inggeris semakin unggul sebagai bahasa pengantar masyarakat dunia selaras dengan pengiktirafan yang diberikan kepadanya sebelum ini sebagai bahasa antarabangsa. Perkembangan bahasa Inggeris ini telah menimbulkan reaksi yang berbeza-beza di kalangan pemimpin-pemimpin, cendiakawan-cendiakawan, budayawan-budayawan dan sasterawan-sasterawan di seluruh dunia berkaitan dengan kesannya terhadap kedudukan bahasa-bahasa lain yang melambangkan identiti sesuatu kaum atau bangsa.

Peluasan dan penguasaan bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa tidak dapat dielakkan. Masyarakat dunia secara langsung telah dipengaruhi oleh peluasan bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk menghadapi K-ekonomi. Peluasan bahasa Inggeris ini didorongi oleh keperluan memperolehi maklumat dan pembelajaran di peringkat maya melalui kemajuan ICT. Fenomena ini tidak bermaksud untuk menidakkan kepentingan bahasa Melayu tetapi meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa alat berkomunikasi dalam teknologi maklumat, internet dan dagangan antarabangsa. Manakala, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan jati diri masyarakat bahasanya. Namun tidak mustahil dengan usaha-usaha yang bersungguh-sungguh dari semua pihak akan menjadikan bahasa Melayu mempunyai peranan yang besar dalam penggunaannya di dalam ICT. Sehubungan dengan itu, penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris oleh masyarakat bahasanya mempunyai peranan yang berbeza dan tidak seharusnya menimbulkan konflik jika masyarakat bahasanya jelas tentang peranan penguasaan dan penggunaan kedua-dua bahasa tersebut.

Kelima : Memperkayakan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu bersifat keterbukaan dan berkembang dari semasa ke semasa. Sejak d
alam penjajahan Portugis, Inggeris dan Belanda, bahasa Melayu telah berkembang menyeresapi istilah-istilah asing dan lantas memperkayakan bahasa Melayu. Istilah-istilah seperti lampu, almari, bendera, buku, bola dan meja merupakan contoh-contoh istilah terbitan daripada bahasa-bahasa asing. Malah, sebelum penjajahan, bahasa Melayu juga telah meminjam dari bahasa-bahasa Sanskrit dan Arab seperti istilah sastera, bulan, akhirat dan zahir.

Pengembangan bahasa Melayu akan lebih ketara apabila kita memasuki zaman baru seperti di era ICT. Seringkali ada istilah-istilah baru asing yang diterbitkan dan diperkenalkan. Justeru itu, untuk bersaing dengan bahasa-bahasa utama, bahasa Melayu harus berkembang dalam menerbitkan istilah-istilah baru bagi menterjemaah istilah-istilah baru yang asing. Istilah-istilah baru seperti tetikus, perisian, perkakasan, siber, laman, jaringan, internet dan batang bedek telah berjaya diterbitkan dan digunapakai. Walaupun begitu, keterbukaan sifat bahasa Melayu seharusnya sentiasa dipantau perkembangannya dengan ketat agar tiada penyelewengan dalam memelayukan istilah-istilah asing.

Keenam : Memasyarakatkan Bahasa Melayu Melalui Ruang Siber
Bahasa Melayu sebagai identiti buat masyarakat di beberapa negara di rantau Asia Tenggara. Bangsa Melayu di Singapura mempunyai ‘Bahasa Melayu Singapura’ dan bangsa Melayu di Indonesia mempunyai ‘Bahasa Indonesia’, dan Malaysia berbangga dengan ‘Bahasa Malaysia’. Keberkesanan untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu di dalam era ICT terletak di bahu masyarakat bahasanya. Inilah masanya untuk masyarakat bahasa Melayu menempa nama di persada antarabangsa dengan menggunakan dunia siber yang menghubungkan di seluruh pelusuk dunia.

Dalam merelisasikan penggunaan bahasa Melayu di peringkat maya bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah dan remeh temeh. Banyak kegiatan ilmiah dan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan agar perkembangan penggunaan bahasa Melayu dianggap ‘hidup’ dan ‘tidak mati’ oleh masyarakat dunia. Kegiatan-kegiatan yang telah dan akan dilaksanakan dengan kemudahan ICT seharusnya mempunyai matlamat yang sejajar dengan arus pemodenan dan persejagatan masyarakat dunia agar ia dapat memaparkan bahawa semua kegiatan yang diadakan adalah benar-benar menggunakan dan menjiwai sepenuhnya bahasa Melayu. Usaha orang perseorangan dan syarikat-syarikat masyarakat Melayu dalam men’dotcom’kan bahasa Melayu ke dalam alam internet perlu diteruskan dan diberikan sokongan sewajarnya oleh masyarakat bahasanya. Membawa bahasa Melayu dalam konteks masyarakat Melayu di peringkat maya adalah satu usaha yang perlu dilakukan dengan tekad dan azam yang kuat. Dengan men’dotcom’kan bahasa Melayu di dalam gerbang internet akan menyediakan ruang untuk pelunsur menggunakan bahasa Melayu di internet dan seterusnya meningkatkan imej bahasa Melayu seiringan dengan bahasa-bahasa seperti bahasa Inggeris, Peranchis, Jepun dan Cina. Ia suatu nilai yang penting untuk menangkis segala tanggapan bahawa bahasa Melayu tidak mampu bersaing atau tiada tempat di persada dunia.

Ketujuh : Pesejagatan Dasar Bahasa Melayu Di Peringkat Maya
Masyarakat di beberapa negara yang masih mendaulatkan bahasa Melayu sekarang ini sedang mempelajari bahasa kedua ataupun bahasa ketiga adalah kerana keperluan ICT dagangan. Namun penguasaan bahasa asing ini tidak seharusnya melunturkan kepentingan bahasa Melayu itu sendiri. Masyarakat bahasa Melayu mesti mengguna, mengukuh dan memperluaskan bahasa Melayu di peringkat maya untuk tujuan kenegaraan dan membezakan jati diri masyarakat bahasa Melayu dengan masyarakat-masyarakat bahasa yang lain. Bahasa asing yang diketahui hanya digunakan sebaiknya apabila berdagang dan berkomunikasi dengan masyarakat bahasa lain.

Bagi mencapai hasrat tersebut, peranan dan tanggungjawab negara-negara yang masyarakatnya masih berbahasa Melayu adalah membina empayar dan mengembangkan sastera, budaya dan penerbitan dalam bahasa Melayu di peringkat maya. Persefahaman dan kerjasama dalam perkembangan di peringkat maya ini perlu menggunakan teknologi terkini seperti ICT untuk dimanupulasikan sebagai alat penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi dalam memperkembangkan bahasa Melayu. Munsyi Abdullah telah membuktikan bagaimana perkembangan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan tindakan proaktif beliau terhadap penggunaan teknologi percetakan pada zamannya. Oleh itu, dasar persejagatan bahasa Melayu di peringkat maya juga dapat direalisasikan dalam era ICT dengan mengaplikasikan semangat nasionalisme, pengetahuan dan teknologi terkini.

Kelapan : Perubahan Sistem Pendidikan
Institusi pendidikan adalah medium penting untuk mengukuhkan lagi nilai dan keperluan bahasa Melayu di kalangan golongan generasi muda bangsa Melayu melalui sistem pendidikan yang mengambilkira penyerapan dan penyebatian kemajuan dan perkembangan ICT. Misalnya, generasi muda akan mempunyai peluang untuk menghalusi bahasa Melayu ke dalam jiwa mereka melalui kegiatan dan aktiviti bercorak bahasa Melayu dengan menggunakan teknologi maya yang diasaskan oleh kemudahan internet. Melihat kepada dominasi bahasa Inggeris di internet adalah disedari bahasa ini merupakan pencetus teknologi dan ilmu pengetahuan pelbagai bidang yang diinginkan oleh masyarakat dunia. Dalam hal ini, masyarakat bahasa Melayu mestilah tegas menentukan kedudukan bahasa Melayu dan peranan bahasa yang diperlajari dalam sistem pendidikan mereka. Jika bahasa asing yang diperlajari memerlukan makmal dan program khusus dalam menguasainya maka tidak perlu diketepikan juga kepentingan penyediaan prasarana dan program sedemikan kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan.

Di peringkat dunia, penutur bahasa Melayu adalah seramai lebih 250 juta orang. Ini meletakkan kedudukan status bahasa Melayu ditempat keempat teramai penuturnya selepas bahasa Mandarin, Sepanyol dan Inggeris. Jadi tidaklah mustahil bahasa Melayu boleh menjadi bahasa komunikasi dan dipelajari di seluruh dunia melalui teknologi maya jika masyarakat bahasanya mengambil kesempatan dari pembentukan dunia sejagat tanpa sempadan dan sekatan yang menjadi fenomena sekarang ini.

Kesembilan : Evolusi Bahasa Melayu Dalam Perkembangan ICT
Proses evolusi bahasa Melayu turut berlaku dalam perkembangan era ICT. Penggunaan bahasa Melayu di internet semakin meluas di mana semakin ramai pengguna-pengguna bahasa Melayu mengeksploitasi kemudahan unsur komunikasi tersebut. Ini dibukitkan dengan terdapatnya banyak laman-laman dan penggelungsur berbahasa Melayu di internet yang dibentuk dari negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura. Perkembangan ini juga diiringi dengan penyediaan kemudahan e-mail dan chat yang secara tidak langsung membantu melestarikan bahasa Melayu. Penerimaan pakai internet ini telah membawa proses evolusi bahasa Melayu ke peringkat maya.

Sebagai contoh kesan dari penggunaan ruang siber yang serba mudah dan serba luas telah menghasilkan istilah-istilah baru yang boleh digelarkan sebagai ‘bahasa Melayu Internet’. Misalnya, perkataan-perkataan seperti kang (nanti), a’kum (assalamualaikum), w’lam (wa’alaikumsalam), dowang (mereka), tipon (telefon) dan persal (mengapa). Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata gantinama seperti sayer (saya), dier (dia) dan nko (engkau). Begitu juga dengan kata tanya telah diubah suai seperti biler (bila), camner (bagaimana) dan maner (mana).

Pada pragmatiknya, situasi ini merupakan satu percubaan yang menarik dalam evolusi bahasa Melayu. Namun demikian manupulasi bahasa seumpama ini jika tidak dibendung mampu memudaratkan pengguna dan nilai bahasa itu sendiri. Amalan seperti ini akan menghasilkan ayat-ayat yang tidak gramatik kerana menyeleweng daripada hukum-hukum tatabahasa. Timbul juga perkembangan pemelatan kata-kata, kata-kata bersifat irama, istilah spesifik dan penggunaan simbol-simbol dengan tujuan untuk memeriahkan suasana perbualan, kemesraan dan peringkasan teks dalam berkomunikasi di peringkat maya.

Walau bagaimanapun perkembangan seperti ini perlu dilihat sebagai satu percaturan yang menarik dan sihat yang perlu dimantau supaya tidak berlaku penyelewengan bahasa dari alam maya ke alam realiti. Pengguna-pengguna internet seharusnya mewujudkan persefahaman untuk memastikan bahasa Melayu tetap terpelihara. Sebagai langkah awal, bahasa Melayu internet sebaiknya disimpan sahaja di dalam internet agar kemurnian dan kedinamikan bahasa Melayu lebih terserlah dan kekal relevan serta biarlah ia berkembang mengikut tapak penggunaannya.

KESIMPULAN

Masyarakat bahasa Melayu tidak boleh mempertahankan bahasa Melayu hanya dengan menguasai bahasa itu. Di samping strategik yang teratur, masyarakat bahasa Melayu perlu menguasai bahasa-bahasa lain dan tahu cara menyebarkan maklumat di dalam era ICT. Dengan mempelajari usaha-usaha dari tokoh-tokoh bidang ICT seperti Bill Gate dan laman-laman perintis seperti Yahoo, Hotmail dan MSN adalah perlu usahawan-usahawan dari masyarakat bahasa Melayu memasuki peringkat ICT bukan sahaja persaingan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei malah di peringkat global.

Perkembangan globalisasi dan liberasasi hendaklah dilihat sebagai satu peluang masyarakat berbahasa Melayu untuk memastikan bahasa Melayu terus kekal disanjung oleh bangsa Melayu serta masyarakat bukan Melayu dengan memanupulasikan ICT sepenuhnya. Oleh itu, segenap sudut dan ruang yang sempit perlu dilebarkan agar bahasa Melayu mempunyai nilai yang simbolik dan tidak luput dek hujan, tidak lekang dek panas. Masyarakat berbahasa Melayu perlu mencari jalan dalam menambah nilai bahasa di pasaran dunia. Ini merupakan satu tugas berat bagi pengiat bahasa dan masyarakat Melayu khususnya untuk terus berusaha mencari jalan, kaedah serta hipotesis meningkatkan nilai bahasa Melayu di persada era ICT. Bagaimanapun, nilai bahasa Melayu tidak boleh dijual beli dalam pasaran yang bersifat sejagat. Nilai dan harga bahasa Melayu bergantung sejauh mana masyarakat Melayu di Nusantara membuat ‘pelaburan’ sewajarnya di pasaran dunia globalisasi yang sedang mengagungkan bahasa Inggeris sebagai ‘pelabur’ utama.

Bahasa Melayu di dalam era ICT perlu dilihat sebagi satu keperluan dan bekalan yang penting dalam masyarakat bahasanya untuk menghasilkan satu identiti bangsa yang tulen dan sejati. Pada masa yang sama, biarlah bahasa Melayu dapat memupuk jati diri masyarakat bahasanya lebih-lebih lagi dalam arus pemodenan dan penyejagatan dunia. Jangan biarkan bahasa Melayu menyerantau di raung siber tanpa dipedulikan oleh masyarakat bahasanya sendiri dan akhirnya pupus di mata dunia.



Artikel Nor Shah Mohamed ini telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Menulis Esei sempena Sambutan Bulan Bahasa dan Sastera JPA Tahun 2001.


LAMAN WEB: Artikel dari ZUL W3C COMPLIANCE NUKE http://zulkiplyharun.com/php

URL:http://zulkiplyharun.com/php/modules.php?name=News&file=article&sid=17



PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA

PENGENALAN
"Pendidikan bertaraf dunia" sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat dalam sistem penyampaian ilmu. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjana idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara. Tahun 2004 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan. Dalam hal ini profesion perguruan pada alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Walau bagaimanapun dalam bidang pendidikan sekarang, kecanggihan teknologi melalui persembahan multimedianya bukanlah hanya faktor yang boleh menjadikan proses pembelajaran itu berkesan. Keberkesanan dan kebestarian sesuatu pengajaran itu masih banyak bergantung pada faktor manusia iaitu guru yang membuat perancangan. Teknologi hanyalah sebagai faktor pemangkin ke arah mempercepatkan proses keberkesanannya, manakala kemahiran dari aspek pedagogi serta psikologi adalah diperlukan. Oleh itu guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu. Usaha ini harus dilakukan secara berterusan ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikirkan kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang electronic community) dan bentuk komunikasi di alam siber yang dikenal sebagai komunikasi pengantaraan komputer (computer mediated communication). Penulisan ini akan turut membincangkan aspek pedagogi komunikasi pengantaraan komputer, seperti bentuk pengajaran yang komunikatif dan interaktif. Penulisan ini seterusnya akan menyarankan kemahiran yang diperlukan oleh para guru bahasa untuk bersama-sama memasuki alam pengajaran siber dan peranan institusi pendidikan guru dalam perkembangan ini. Selain itu, penulisan ini akan turut menyingkap kemungkinan komunikasi pengantaraan komputer dijadikan sebagai satu kaedah perundingan antara pelajar dengan pendidik dalam pengajaran bahasa.
harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan seperti mana yang terdapat dalam Falfasah Pendidikan Negara.
Namun begitu, terdapat kajian yang membuktikan bahawa kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat di dalam pengajaran bahasa ke atas 392 orang guru bahasa menunjukkan majoritinya guru-guru masih takut untuk menggunakan komputer dalam pengajarannya. Aplikasi komputer yang kurang dalam pengajaran bahasa di sekolah-sekolah adalah disebabkan guru-guru tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang secukupnya (Norizan Abdul Razak, 1997). Dengan ini, kerajaan perlu melipat gandakan usaha menangani masalah tersebut terutama di kalangan guru-guru.
Sebenarnya, kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat telah membawa banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran bahasa. Daripada kaedah konvensional di dalam bilik darjah, pengajaran bahasa kini telah berkembang kepada kaedah pengajaran yang baru, iaitu pengajaran bahasa di alam siber. Dengan kaedah baru ini, para pendidik bahasa dapat berkomunikasi dan mengajar melalui komputer yang dihubungkan dengan modem dan perisian komunikasi. Pengajaran yang menggunakan kaedah baru ini dapat membantu mengembangkan penggunaan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa. Melalui internet, penggunaan bahasa Melayu melewati batas geografi dan waktu. Hal ini demikian kerana internet merupakan satu jaringan antarabangsa yang menghubungkan lebih 30 000 jaringan di lebih 100 buah negara. Internet kini mempunyai lebih 20 juta pengguna di seluruh dunia dan bilangan pengguna ini semakin bertambah dengan penurunan harga komputer dan perisian komunikasi (Laudon, Traver dan Laudon 1996).
Memandang bahawa penggunaan teknologi maklumat ini masih baru dalam sistem pendidikan di Malaysia, para pendidik bahasa perlu mempunyai literasi teknologi dan memahami keperluan komunikasi secara global. Hal ini dapat membantu para pendidik menerapkan kaedah ini dengan berkesan. Penulisan ini akan memberikan tumpuan kepada kaitan antara komunikasi di alam siber dengan praktis pengajaran bahasa yang penggabungannya akan melahirkan satu komuniti baru, iaitu komuniti elektronik.
Menurut Laudon dan Laudon (1996), teknologi maklumat merupakan gabungan teknologi komputer dan sistem komunikasi yang membolehkan teks, bunyi, video, dan animasi disalurkan melalui talian. Komputer dengan kemudahan lebuh raya maklumat merupakan satu jaringan yang meliputi kawasan yang luas, mempunyai kepantasan yang tinggi, dan menawarkan beberapa perkhidmatan jaringan. Dengan hal demikian, teknologi ini dapat digunakan untuk membantu pelbagai urusan dan kegiatan, seperti perniagaan, pentadbiran, penyelidikan, dan pendidikan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh teknologi ini termasuklah mel elektronik, papan buletin, dan laman web yang membolehkan para pendidikan berkomunikasi dan mengajar dengan menggunakan talian komputer.
Pengajaran siber tidak memerlukan kehadiran di dalam kelas atau kehadiran pelajar sewaktu syarahan. Walau bagaimanapun, satu bentuk komunikasi yang interaktif perlu diwujudkan untuk membangkitkan suasana yang kondusif dan praktikal untuk pembelajaran. Pelajar dan guru berkomunikasi melalui mel elektronik, persidangan komputer, forum elektronik, papan buletin, dan laman web. Pengajaran siber ini dijangka menjadi amalan pengajaran bahasa Melayu pada masa hadapan. Untuk menjadikannya suatu kenyataan, guru haruslah mempunyai pengetahuan tentang komunikasi pengantaraan komputer yang menjadi asas pengajaran siber.


Oleh
Nazri Bin Abu Bakar
Muhammad Salaebing
Shamsinah Bt. Salleh
Norizillah Bt. Mohd. Rodzes
Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak